Najib / Nakhoda UMNO / Apa Kesudahannya ?
Lewat tulisan ini, umum mengetahui apa yang telah berlaku di kancah politik Malaysia. Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi orang kedua terpenting pentadbiran negara. Najib melantik bukan sedikit orang yang menduduki kerusi Kira-Kira Negara (PAC) untuk menganggotai kerusi pentadbiran negara di Putrajaya. Namun, Muhyiddin dan Shafie Afdal yang hilang kuasa di Putrajaya masih lagi berkuasa di dalam parti UMNO.
Najib ini lahirnya dalam golongan feudal. Sudu makanan nya boleh disebut bukan sudu gangsa. Susur politiknya boleh ditulis sebagai "safe path". Jarang benar Najib mahu terjun dalam konflik antara panglima. Baca semula sejarah sewaktu Mahathir bersengketa dengan Ku Li.
Baca juga apa yang Najib bikin sewaktu Team A lawan Team B dalam pemilihan UMNO tahun 90an. Najib juga Ahli Parlimen termuda negara sewaktu dia menang dalam PRK dek pemergian Tun Abd Razak. Ini bukan menghina Najib namun mahu menunjukkan sesuatu fakta yang harus difahami semua untuk dicerna sebelum kita mula membuat konklusi.
Namun,
Sekarang Najib di puncak kuasa Malaysia. Tindak tanduknya ada yang suka, ada yang benci, ada yang marah, ada yang sayang. Najib sedang berani sebenarnya. Sebelum ini, ramai di dalam UMNO yang sebut, Najib itu kurang berani melawan, kurang berani tunjuk sengketa, kurang berani ambil cabaran,
Naaahhhh, sekarang kuku Najib telah keluar.
Soal betul atau tidak Najib dalam isu 1MDB sangat sukar untuk diperjelaskan. Soal apakah benar Najib seleweng begitu banyak duit sehingga mampu bina sepuluh lapangan terbang seperti KLIA juga sesuatu ynag tidak mampu dijelaskan.
Soalnya ,Apakah panglima UMNO berani berkerat arang berpatah rotan demi kepentingan parti, agama, bangsa ?
Ini yang harus UMNO sebagai suatu parti harus muhasabah. Sesuatu parti itu bakal relevan jika ia selalu memastikan parti itu kekal pada tekad perjuangan. Soal rakyat harus pergi dahulu sebelum soal tembolok.
Jadi Najib, tidak kira apa tindakan mu, yang paling penting jika kamu mahu ahli ahli UMNO taat padamu, pastikan kamu taat pada Allah Taala, taat pada kepentingan rakyat dan jujur dalam perbuatanmu.
700 juta USD boleh dicari semula jika kita benar-benar pandai dalam ekonomi. Tetapi untuk mencari pemimpin jujur, cukup sukar di akhir zaman ini.
Ingat Najib, parti ini bukan milik kau seorang sahaja. Ia milik semua ahlinya. Biarpun ahlinya tidak bayar yuran keahlian sekalipun, sebab mereka juga yang kau kudakan untuk pasang bendera sewaktu kau mahu bertanding pilihanraya.
SeTaN BaiK guna Bahasa Melayu kerana ini tulisan mahu menyentuh soal parti kita sendiri. SeTaN BaiK cuma mahu kelangsungan politik UMNO itu kekal. Dengan TEKAD PERJUANGAN YANG BETUL.
No comments:
Post a Comment