Assalamualaikum wbt,
Posting SeTaN BaiK pagi ini akan menjadi satu posting pendek dan tepat ( baca : short and precise ).
Wujud usaha untuk menjalankan demonstrasi dan tunjuk perasaan pada 16 Sept 2015 bertempat di Bukit Bintang. Setuju atau tidak, ramai kalangan UMNO yang turut bersifat sebagai penganjur kepada usaha itu.
Persoalannya : Dalam banyak-banyak usaha kita menjatuhkan Bersih, kita ( baca : UMNO/BN ), kita sebut tentang bahana dan bahaya yang bakal terhasil dek himpunan awam di kotaraya Kuala Lumpur. Huru Hara, Kacau Bilau, Ekonomi Peniaga Terancam, Peluang bagi Anarki Luar dan pelbagai lagi.
Dan sekarang, tidak semena-mena, mahu pula kita anjurkan dan absahkan demo 16 Sept ini ?
Kenapa ?
Adakah kerana kita lihat DAP dan CINA pelopori dan kuasai Bersih 4.0 ?
Adakah kerana kita mahu orang lain dan orang luar lihat bahawa Melayu juga mampu berhimpun untuk tunjuk keperkasaan kita ?
SeTaN BaiK rasa, lebih baik kita tumpukan usaha yang lebih akademik untuk dekati pengundi muda, gandakan usaha untuk baik pulih imej parti di kalangan pengundi saluran 2-3. Baiki semula prestasi wakil rakyat, didik menteri untuk keluar kenyataan berhikmah dan ajak seluruh saf pimpinan kita untuk dekat dan kukuh dgn agama.
Kita beria-ria untuk berkempen bahwa pada Demo 16 Sept ini, sejarah bakal tercipta.
Cina bakal bermandi darah.
Yang SeTaN BaiK risau, Melayu mandi air mata.
Maaf kerana SeTaN BaiK terpaksa sebut begitu. Kebenaran itu pahit.
Terima Kasih
SeTaN BaiK
1103am
07092015
Petaling Jaya
Monday, 7 September 2015
Thursday, 3 September 2015
Parti Politik Malaysia : Jenaka dan Sandiwara
Assalamualaikum wbt,
Terima Kasih kerana sudi membaca.
Tulisan ini dilakar pada jam 3.19 pagi Khamis, 3/9/2015. SeTaN BaiK tidak dapat tidur. Asyik terkenangkan situasi politik negara. SeTaN BaiK pun nak juga jadi macam Ayah Rani Kulop dan Amran Fans, asyik terkenangkan pengkhabaran mutakhir negara.
Baik, on a serious note, SeTaN BaiK cuma mahu para pembaca melihat semula ( baca : reflection ) keadaan negara kita, Malaysia. Kita tidak miskin parti politik. Banyak yang wujud berdasarkan ideologi bangsa, ada juga ideologi agama, tak kurang juga ideologi teo-politik tertentu.
Persoalannya ialah : MANA YANG TERBAIK UNTUK KITA ?
Sudah tentu jawapan adalah tertakluk kepada persepsi dan perspektif masing-masing. Namun, apakah keutamaan berpolitik ? Berapa ramai juga anak muda ( baca : anak muda MELAYU ) yang sering menuturkan jawapan : " Aku x peduli pasal politik, kerna ia tidak bermunafaat kepadaku " apabila ditanya pandangan mereka tentang senario siasah negara.
SeTaN BaiK setuju tentang ideologi bangsa sebagai asas politik mampu meruntuhkan tembok perpaduan. Tetapi, kemelut rakyat Malaysia sering kali menjadikan bangsa sebagai asas pertelingkahan. Baik sikap memandu di jalanraya, sikap beratur di pasaraya, sikap peniaga, mahupun sikap sosial di dalam hubungan masyarakat. Apakah SeTaN BaiK mahu mengusulkan bangsa sebagai asas siasah utama ? TIDAK.
Sebagai seorang Muslim, sudah tentu Islam atau agama harus dijadikan panduan sebagai semua. Tidak kira Islam semata, Buddha, Hindu dan apa jua agama yang memiliki Tuhan termasuk dalam senarai definisi agama yang disebutkan tadi.
Namun, agama sering kali disalah guna. Agama dijadikan pendorong untuk menghasut dan mensahihkan sesuatu fakta. Bukankah agama itu bersifat menyatukan secara fitrahnya.
Rakyat Malaysia kini dalam dilema. Ramai yang menyokong Pakatan Rakyat ( berdasarkan undi popular PRU 13 ). UMNO / BN seharusnya mengubah dirinya sendiri secara holistik. Rakyat tidak gemar akan sikap pemimpin hipokrit. Apatah lagi dengan pendedahan dan skandal korupsi yang bermaharajalela tanpa sudah. SeTaN BaiK ingin mengingatkan para pemimpin negara, jangan jadi seperti Golongan Feudal abad ke 15. Takut nanti berlaku era perubahan daripada golongan marhaen.
Kuasa politik adalah benteng utama kaum Melayu. Tak perlu dipertikaikan lagi. Kuasa ekonomi dunia masih lagi milik Yahudi ( baca : Rothchild ). Memang benar kaum cina pegang kuasa duit dan kitaran ekonomi dalam negeri kita, tetapi salah siapa sebenarnya ?
Feudal Melayu ( baca : pemimpin ) gemar jual harta Melayu untuk dapat tunai mudah dan segera. Mereka juga lebih gemar simpan duit di luar negara ( baca : Daim Zainuddin ) daripada labur untuk anak jati kaum sendiri. Cina ? Kaum cina ini cukup bijak. Mereka labur semula dalam sekolah dan institusi pendidikan mereka sendiri. Manfaat langsung kepada anak jati mereka. Kesan jangka panjang ? Kerajaan hilang kuasa dan hak untuk campur tangan dalam isu pendidikan kaum cina.
Marhaen melayu pula gemar salahkan orang lain ( baca : semua sekali termasuk SeTaN BaiK ). Itu memang fitrah kita. Melayu itu secara lahirnya memang memiliki nilai estetika yang tinggi dan lembut. Tapi kesabaran mereka jangan dicabar. Mereka suka bertolak ansur dan mereka juga kurang daya saing. Sebab itu Melayu suka sandarkan beban majukan kehidupan kepada sesiapa yang dirasakan sesuai ( baca : kerajaan ).
Mahathir sudah tulis Dilema Melayu sejak tahun 1980 an lagi. Berapa ramai yang sudah baca buku tersebut ? Belum tentu 100,000 anak muda melayu pernah baca. Lagi teruk jika pemimpin Melayu itu sedia ada juga tidak pernah baca. Ha Ha Ha.
Berbalik kepada dilema parti politik. SeTaN Baik percaya, mood politik negara sedang terumbang ambing. Ramai yang menyokong PAS / Pakatan Rakyat sedang susah hati. Isu GHB dan Darul Ehsan Investment Group harus dijadikan titik permulaan untuk UMNO / BN ambil semula hati rakyat.
tetapi, BUKAN DENGAN KAEDAH BOBROK MEMOMOKKAN KEBODOHAN DAN KEMISKINAN KAUM MELAYU ITU !!!!!
Cuba kita guna kaedah baru dan berlainan.
Dekati Masyarakat dengan Ikhlas. Tak perlu kawalan keselamatan dan protokol melampau.
Ubah pendekatan ekonomi kita. Berjimat dan belanja untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Pemerkasaan dan Meremajakan parti UMNO itu harus dilakukan dengan tuntas dan berhemah. Jangan sembang !!
Ambil hasil kajian Merdeka Centre Review dan UMCCED Centre of Political Studies untuk dijadikan pembaharuan. Jangan sembang untuk buat kajian lagi. Banyak sudah kajian dibuat. Langkah pembaikan tidak juga jalan-jalan.
Zahid Hamidi, buang sifat Ultra Melayu Anda !! Cukup lah kita ada Ibrahim Ali dan Ayah Rani Kulop.
Najib, MAN UP AND ADMIT IF U DID SOMETHING WRONG !
Rahman Dahlan, cukuplah dengan kenyataan yang bercanggah dan MERUGIKAN. Anda itu Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional. So, Act like One !
Sekian. Sambung Semula Di Masa Akan Datang.
SeTaN BaiK
0345 am
030915
Shah Alam

Subscribe to:
Comments (Atom)