Monday, 7 September 2015

Demo 16 Sept : Cina Mandi Darah atau Melayu Mandi Air Mata

Assalamualaikum wbt,

Posting SeTaN BaiK pagi ini akan menjadi satu posting pendek dan tepat ( baca : short and precise ).

Wujud usaha untuk menjalankan demonstrasi dan tunjuk perasaan pada 16 Sept 2015 bertempat di Bukit Bintang. Setuju atau tidak, ramai kalangan UMNO yang turut bersifat sebagai penganjur kepada usaha itu.

Persoalannya : Dalam banyak-banyak usaha kita menjatuhkan Bersih, kita ( baca : UMNO/BN ), kita sebut tentang bahana dan bahaya yang bakal terhasil dek himpunan awam di kotaraya Kuala Lumpur. Huru Hara, Kacau Bilau, Ekonomi Peniaga Terancam, Peluang bagi Anarki Luar dan pelbagai lagi.

Dan sekarang, tidak semena-mena, mahu pula kita anjurkan dan absahkan demo 16 Sept ini ?

Kenapa ?

Adakah kerana kita lihat DAP dan CINA pelopori dan kuasai Bersih 4.0 ?

Adakah kerana kita mahu orang lain dan orang luar lihat bahawa Melayu juga mampu berhimpun untuk tunjuk keperkasaan kita ?

SeTaN BaiK rasa, lebih baik kita tumpukan usaha yang lebih akademik untuk dekati pengundi muda, gandakan usaha untuk baik pulih imej parti di kalangan pengundi saluran 2-3. Baiki semula prestasi wakil rakyat, didik menteri untuk keluar kenyataan berhikmah dan ajak seluruh saf pimpinan kita untuk dekat dan kukuh dgn agama.

Kita beria-ria untuk berkempen bahwa pada Demo 16 Sept ini, sejarah bakal tercipta.

Cina bakal bermandi darah.

Yang SeTaN BaiK risau, Melayu mandi air mata.

Maaf kerana SeTaN BaiK terpaksa sebut begitu. Kebenaran itu pahit.

Terima Kasih


SeTaN BaiK
1103am
07092015
Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment