Terima Kasih kerana meluangkan masa membaca nukilan hati daripada SeTaN BaiK.
Akhir ini, keadaan ekonomi negara dikatakan gawat, merosot dan tidak baik ( definisi tertakluk kepada perspektif anda sebagai seorang yang realistik atau optimis ).
Banyak pihak aktif memberikan komen dan pelbagai diskusi tentang keadaan ekonomi negara berlaku di kedai kopi, starbucks, restoran mamak, group whatsapp, twitter, dan facebook.
Dan SeTaN BaiK ingin menyuarakan pendapat, 6 langkah yang Najib boleh bikin samada dalam jangka waktu terdekat, sederhana mahupun jangka panjang.
Yang pasti, negara ini boleh diselamatkan. Manusia perlu berikhtiar, dan In sha Allah, dengan izin Nya, Malaysia mampu menjadi lebih baik dari keadaan sekarang.
Langkah 1 :
Langkah penjimatan serta merta. SeTaN BaiK ingin menyeru kepada Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak untuk memulakan langkah memotong gaji bulanan dan emolumen beliau sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya 40 peratus. Beliau juga boleh meminta ( baca : mengarahkan ) semua Menteri dan Timbalan Menteri untuk turut sama dalam langkah memotong gaji bulanan dan emolumen ini.
Justifikasi langkah ini ialah sebagai penanda aras dan pembuktian bahawa kerajaan UMNO/Barisan Nasional sebenarnya mampu mengotakan janji dan kata-kata falsafah pentadbiran iaitu mendahulukan rakyat. Seluruh negara heboh kita jaja tentang pentingnya berjimat dan mengekalkan gaya hidup sederhana, then its about time untuk Panglima Besar mula mengikuti saranan itu sendiri.
Langkah 2 :
Langkah perbelanjaan berhemah jangka panjang. SeTaN BaiK ingin menasihati Perdana Menteri Malaysia ( baca : Najib ataupun bakal pengganti Najib ), bahawasanya laporan Ketua Audit Negara yang saban tahun menunjukkan perkara yang tidak betul ( baca : lebih belanja yang tidak sepatutnya ) dalam perbelanjaan negara HARUSLAH DIBERI PERHATIAN DENGAN SEGERA.
Najib, tolonglah dengar rintihan rakyat marhaen. Jangan dengar bulat-bulat kata-kata penasihat yang berada disekelilingmu. Mereka akan terus mendendangkan bunyi merdu bahawa kita ( baca : kerajaan UMNO / BN ) mampu handle isu laporan Audit Negara dengan mudah dengan memberi kenyataan-kenyataan standard. TIDAK SAMA SEKALI !!!!!
KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KEBOLEH-URUS TADBIR NEGARA OLEH UMNO/BN SUDAH LUNTUR. LAMBAT LAUN, IA BOLEH HILANG TERUS.
Langkah 3 :
Langkah perbelanjaan yang berhemah. SeTaN BaiK rasa, Najib patut umum, kita bekukan sebarang karnival, event tahunan, atau sebarang acara mahupun kempen yang memakan belanja urus yang tinggi dari kantung negara selama setahun. Kantung negara masih ada, duit GST masih ada. Jadi, salurkan duit itu untuk perbelanjaan am yang meliputi kepentingan keperluan marhaen ini dahulu.
Selagi mana ada rancangan Bersamamu di TV3, selagi itulah ia bukti Malaysia BELUM LAYAK JADI NEGARA MAJU 2020. ( baca : nanti TV3 akan batalkan rancangan Bersamamu )
Langkah 4 :
Tolong lantik orang yang cerdik pandai dan bukan kaki bodek sebagai Menteri. Jangan takut untuk ambil musuh politik sebagai rakan kabinet. Politik kita haruslah berdasarkan politik fakta, bukan politik emosi. Negara perlukan orang yang mampu bantu Najib untuk membuat dasar dan polisi.
Khairy Jamaluddin sedang buat kerja yang cemerlang di KBS, bagaimana pula dengan Kementerian Pendidikan ? hanya kerana semata-mata mahu mengimbangi kuasa dan pengaruh Mukhriz, Najib ambil Dato Seri Mahdzir Khalid jadi Menteri ? Maaf tapi SeTaN BaiK terpaksa sebut, beliau bukan calon paling tepat. Apatah lagi dalam suasana pendidikan negara yang makin luntur kualiti. Ini adalah langkah ke belakang !!.
Ini belum masuk bab bagaimana Azalina jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kredibiliti Najib hancur hanya kerana terpaksa membela nasib dan tembolok Azalina ? Kenapa ? sebab azalina support anda Najib ?
SeTaN BaiK nak tegur, kalau sebab Azalina support ( baca : nak baca bodek boleh, nak baca jilat boleh, nak baca kipas pun boleh ) anda di dalam "krisis" negara ( baca : Najib vs Muhyiddin ), dia boleh jadi menteri .... SeTaN Baik cakap, baik Najib jaga rakyat Malaysia dan tembolok rakyat negara ini seluruhnya tanpa kira sokongan mereka, In Sha Allah, anda akan kekal jadi Mamanda Perdana Menteri selama mana anda jaga mereka.
Langkah 5 :
Umumkan pemotongan cukai GST daripada 6% kepada 4%. SeTaN BaiK bukan pandai ilmu hisab taraf juta mahupun billion, tapi rakyat tahu, kalau kerajaan berani buat keputusan potong nilai cukai, dan sanggup potong gaji sendiri, itu adalah tanda minimum "a good governance"
Cukai itu perlu sebagai hasil negara, yang rakyat marah ialah bila banyak benar berita ( baca : berita pelbagai sumber ) tunjuk ketirisan perbelanjaan wang hasil mahsul negara.
Langkah 6 :
Ini adalah langkah yang paling penting. SeTaN Baik bukan seorang ustaz mahupun paduka mufti. Nama SeTaN BaiK pun hanyalah nama sebagai blogger. Langkah yang terakhir ini ialah menjadikan Agama sebagai penyelesaian dalam permasalahan. Ia suatu usul yang sangat besar tetapi mudah.
Apakata dengan minta mengingatkan Mamanda Perdana Menteri supaya mengutamakan solat daripada urusan dunia dan sentiasa cuba minta keluarga beliau, menteri beliau, keluarga menteri beliau dan akhirnya Rakyat Jelata ( baca : golongan Muslim khasnya ) untuk sentiasa mengutamakan agama daripada urusan dunia.
In Sha Allah, kuasa Tuhan dan rahmat Tuhan itu luas.
No comments:
Post a Comment