Thursday, 13 August 2015

Hak seorang warganegara

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kerana masih lagi meluangkan masa membaca tulisan SeTaN BaiK.

SeTaN BaiK ingin menarik perhatian tuan-puan didalam hal runtuhnya kepercayaan masyarakat terhadap institusi pentadbiran negara. Saya secara peribadi tidak mampu untuk melakar statistik rasmi tentang peratusan hilang kepercayaan oleh rakyat namun saya boleh menunjukkan betapa sentimen itu mekar di laman media sosial dan internet.

Hilang kepercayaan itu bukan sesuatu yang ringan dan mudah. Ia melibatkan satu perlakuan yang cukup untuk membuatkan sesorang itu tidak mahu lagi percaya kepada sesuatu. Dalam hal ini, kita bercakap tentang pentadbiran negara kita. 

Rakyat semakin tidak percaya kepada kerajaan Barisan Nasional, khususnya UMNO.

SeTaN BaiK ingin menegur, bahawa punca semua ini bukan lah datang daripada Mat Sabu, juga bukan datangnya dari Nik Nazmi, sosok kecil pemimpin AMK. Punca hilang kepercayaan ini juga bukan jatuh pada Red Bean Army yang mendapat bantuan dana dari DAP untuk terus menerus membobrok-kan kerajaan.

Punca hilang kepercayaan ini adalah kerana kita ( baca : Pimpinan tertinggi UMNO / Barisan Nasional ) tidak berjaya menangani kemelut ini dengan PERSEDIAAN yang bijak, KOMUNIKASI yang berkesan, dan TINDAKAN PENTINGKAN PERUT SENDIRI DARIPADA PERUT RAKYAT MARHAEN.  

Zaman Tun Mahathir sebenarnya sama sahaja dengan Zaman Pak Lah, juga lebih kurang sama sahaja dengan Zaman DS Najib. Beza cuma pada hebatnya twitter dan facebook di abad baru ini.

Apa yang sama ?

Amalan korupsi dan penyaluran dana ke kantung politik bagi kegunaan survival parti tetap berlaku dalam kesemua zaman yang disebutkan. SeTaN BaiK memang tiada bukti kukuh mahupun dokumen rasmi untuk membuktikan perkara itu. cukuplah ahli-ahli parti, biarpun UMNO mahupun PAS, terdiam mengakui fakta itu. cukup bagi SeTaN BaiK.

Tetapi, kenapa pemberontakan rakyat tidaklah sehebat seperti sekarang ?  Kenapa ?

Sebab sekarang, sudah terlampau zahir dan kekar, TEMBOLOK DAN MATAPERUT RAKYAT bukan lagi CONCERN pemimpin. 

Rakyat Malaysia tidak perlukan BR1M semata-mata. Mereka perlukan satu asas kehidupan minima yang dapat jamin kesejahteraan hidup tanpa perlu bantuan sesiapa. 

Apa guna kalau ada Klinik 1 Malaysia tetapi hanya rawat demam / batuk / selsema ? Benar, kita bayar RM1 sahaja. Tetapi cuba pemimpin atasan ini pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang ? Cuba pergi ke dispensari di Pusat Perubatan Universiti Malaya ? Atau cuba pergi dapatkan temujanji di Klinik Pakar, Hospital Serdang ? 

Berani ? Mahu ? Barulah kita akan sedar dan tahu, bahawa apabila kita bercakap tentang sumbangan dan pencapaian kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat ( dalam aspek perubatan / healthcare ), sebenarnya ia adalah omong kosong.

Apa guna kita ( baca : akar umbi UMNO ) bergerak dalam usaha kempen, bantu jentera penerangan tentang kemajuan ekonomi negara, cerita kepada masyarakat tentang GDP kita meningkat, Fitch rating kita kekal , dan share fb posting Friends of Barisan Nasional berkenaan teori kenaikan matawang yang sebenarnya menunjukkan kesan positif ekonomi negara,

TETAPI RAKYAT BERANG DGN KENAIKAN HARGA BARANG / KOS SARA HIDUP YANG TINGGI DAN JUGA SISTEM CUKAI GST ?

Berkali-kali SeTaN BaiK cuba terangkan kepada rakan taulan, Sistem GST itu bagus kerana ia cukai yang lebih menyeluruh, terhadap barang dan juga orang. Tetapi waktu perlaksanaannya kurang sesuai. Kadar cukai juga mengarut.

Bagi SeTaN BaiK, ini adalah kesan langsung yang terhasil apabila tindakan pemimpin dan pentadbiran negara yang tidak lagi MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN DAN TEMBOLOK RAKYAT MARHAEN.

UMNO / BN BELUM TERLEWAT. KITA BOLEH BAIKI KEADAAN INI. kita perelokkan keadaan. Tampal semula semua lubang yang x betul. Tukar pemimpin yang tak mampu bikin dan sempurnakan tanggungjawab. Jimat. Bukan Boros. 

pucuk pangkal persoalan sekarang ialah :

Adakah pemimpin atasan ini MAHU BAIKI atau TIDAK ?

SeTaN BaiK
0448pm
13/08/2015
Petaling Jaya

1 comment: